Nurshafinaz Azahar's Blog

Just another WordPress.com weblog

Kamus Hidup ku…:) Februari 22, 2010

Filed under: DARI BLOG TURUN KE HATI....:) — nurshafinazazahar @ 5:00 am

Assalamualaikum…tanggal 9 September 1990, lahirlah seorang wanita yang diberi nama NurShafinaz Binti Azahar. Insan tersebut telah dilahirkan di sebuah hospital yang agak besar iaitu Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. Insan tersebut telah dibesarkan oleh kedua ibubapanya dengan penuh kasih sayang di sebuah teratak yang tidak terlalu besar atau tidak terlalu kecil, cukup untuk menampung mereka sekeluarga… Teratak tersebut terletak di no215, Lorong Bayan, Taman Muhibbah, 84400 Sungai Mati, Muar, Johor. Insan itu telah membesar dengan baik dan hidup bahagia bersama ibu bapanya.

Tiba saat persekolahan untuk insan tersebut, dia telah dihantar ke sebuah Tadika Kemas pada usia 6 tahun. Pada hari pertama persekolahan, insan tersebut berasa sangat takut sehingga terpaksa ditemani oleh bapanya selama sehari. Mujurlah insan tersebut mempunyai hati yang kental dan kuat, pada hari kedua persekolahan, dia datang ke tadika tanpa ditemani oleh bapanya lagi… Begitulah seterusnya yang berlaku pada hari-hari persekolahan yang seterusnya sehinggalah dia berjaya menamatkan tadikanya selama setahun dengan jayanya…

Seterusnya, dia dimasukkan ke sebuah sekolah rendah yang diberi nama Sekolah Kebangsaan Abdullah untuk melanjutkan pengajiannya ke Tahun 1. Dia begitu seronok masuk ke sekolah baru kerana di sana dia mendapat ramai kawan. Dia menyambung persekolahannya di situ selama 6 tahun sehingga menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan memperolehi keputusan yang agak cemerlang. Dia juga menjadi pelajar cemerlang di sekolahnya sehingga disayangi oleh guru-gurunya.

Selepas itu, dia meneruskan pengajiannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Pei Hwa selama 5 tahun. Pengalaman paling bermakna bagi dia adalah pengalaman di sekolah ini. Kerana di sinilah dia bertemu kawan sejati dan belajar menjadi pemimpin. Dia telah diberi tanggungjawab membantu guru menjaga disiplin pelajar dengan menjadi pengawas. Dia telah berkhidmat dengan dedikasi sehingga diberi anugerah Pengawas Terbaik di sekolahnya… Dia telah menamatkan pelajaran di situ dengan jayanya kerana dia telah memperolehi keputusan PMR dan SPM yang agak cemerlang…

Seterusnya, dia menyambung pengajiannya di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan selama setahun dan akhirnya dia menyambung pengajiannya di Universiti Putra Malaysia. Sekarang insan itu masih belajar di UPM dalam jurusan pendidikan. Insyaallah selepas 4 tahun, beliau akan bergelar seorang guru….Amin!

Anda tahu siapa gerangan “insan” itu? Insan itu adalah orang yang menulis blog ini iaitu saya. Jikalau anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang diri saya, silalah add saya ok…wassalam

 

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.