Nurshafinaz Azahar's Blog

Just another WordPress.com weblog

PROSES MENJAHIT DALAM MEMBUAT PAKAIAN… Mac 11, 2010

PROSES MENJAHIT…

1.0 PENGHILANGAN GELEMBUNG

1.1.1 JENIS PENGHILANGAN GELEMBUNG

  • Lisu Pemadan

Lisu pemadan ialah sejenis  penghilangan gelembung yang penting untuk memberi bentuk kepada pakaian dan memberi keselesaan. Lisu dibentuk dengan menjahit dari bahagian yang lebar ke bahagian yang tirus, atau dari hujung yang tirus ke hujung yang tirus ( jika dibuat di bahagian pinggang blaus ). Lisu dibuat di garis leher, lubang lengan hadapan, rusuk blaus, di pinggang blaus, dan di pinggang skirt atau slek.

Ciri-ciri lisu pemadan ialah:

            a) bentuknya runcing

            b) lisu tidak bergulung

            c) lisu ditekan rata

            d) hujung jahitan dikemaskan di bahagian yang tirus

            e) tidak terdapat lubang di sebelah luar pakaian pada hujung yang tirus

            f) tidak ada alur di sebelah luar

Proses menyediakan lisu pemadan:

     1) Temukan sebelah luar fabrik dan sematkan di garisan pemadan. Jahit mesin lisu pemadan dari bahagian yang lebar ke bahagian yang tirus.

     2) Matikan mata jahitan mesin di hujung yang tirus dengan jahitan DUA KALI sepanjang 1.5cm. Tekan lisu pemadam di rusuk menghala ke bawah.

     3) Lisu pemadan di pinggang ditekan menghala ke garisan tengah.

     4) Lisu pemadan yang dijahit di fabrik tebal, ditekan supaya terbahagi dua; atau digunting di tengah dan dikemas dengan jahitan insang pari.

  • Kedut Lepas

Kedut lepas ialah sejenis penghilangan gelembung bagi memudahkan pergerakan. Kedut lepas digunakan juga sebagai perhiasan. Kedut lepas sesuai untuk fabrik lembut dan halus. Kedut lepas memerlukan fabrik sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada ukuran yang siap. Kedut lepas sangat elok tergantung jika dibuat mengikut ira lurus fabrik.

Ciri-ciri kedut lepas:

           a) Kedut dibahagikan sama rata keseluruhannya.

           b) Lipatan kedut sama halus pada keseluruhannya.

           c) Kedut lepas mengikut ira lurus.

           d) Fabrik tergantung dengan elok.

Proses menyediakan Kedut lepas:

       1) Tandakan garisan pemadan.

       2) Jahit satu baris di atas dan satu baris di bawah garisan pemadan dengan jarak mata jahitan yang sama.

       3) Tarik benang dari kedua-dua baris jahitan, di kedua-dua hujung. Tentukan ukuran yang dikehendaki dan sama ratakan kesemua kedutnya. Sambungkan bahagian berkedut ke bahagian pakaian sebagaimana yang dikehendaki.

Contoh kedut lepas pada bahagian pakaian:

1. Kedut lepas di lengan yang disambung dengan kuf/manset.

2. Kedut lepas di hujung lengan.

3. Kedut lepas di bahu mendatang dan pinggang blaus.

4. Kedut lepas di garis pinggang dan punggung skirt.

  • Lisu Beriring, Lisu Bertentang, Lisu terbalik

 

  • Kedut Berjalur

 

  • Lisu Perhiasan

 

  • Smoking

 

2.0 KELIM

2.1.1 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PENGGUNAAN KELIM

1. Jenis fabrik

2. Kedudukan

3. Fesyen pakaian

4. Jenis pakaian

2.1.1 JENIS-JENIS KELIM

  •  Kelim belah kangkung

Kelim belah kangkung adalah cantuman dua keping fabrik yang dijahit dengan sebaris mata jahitan. Kelim ini mudah dibuat dan sesuai untuk semua jenis fabrik kecuali fabrik nipis. Kelim ini sesuai digunakan untuk pakaian, artikel, dan kain kelengkapan rumah tangga. Lebar kelim yang siap lebih kurang 2.5 cm.

Ciri-ciri kelim belah kangkung:

          a) Lebar kedua-dua basi kelim sama.

          b) Kelim rata dan terbuka

          c) Mata jahitan tidak kelihatan di sebelah luar.

          d) Tidak beralur di sebelah luar

Proses menyediakan kelim belah kangkung:

           1. Temukan sebelah luar fabrik dan sematkan di garisan pemadan.

           2. Jika perlu, jahit dengan jahitan jelujur di garisan pemadan.

           3. Jahit dengan jahitan mesin di garisan pemadan.

           4. Tekan kelim supaya terbuka dengan rata.

Kaedah mengemaskan kelim belah kangkung dengan jahitan mesin:

            1. Lipat tepi setiap basi kelim supaya lebarnya 1.2 cm.

            2. Jahit mesin di tepi lipatan. Trim basi jahitan.

            3. Tekan kelim supaya terbuka dengan rata.

  •  Kelim betawi

Kelim betawi mempunyai dua baris jahitan, sesuai digunakan pada fabrik nipis kerana kelim ini kukuh.

Ciri-ciri Kelim Betawi:

          a) Lebar kelim yang siap ialah 5 mm hingga 7 mm pada keseluruhannya.

          b) Kelim ini tidak beralur di jahitan pertama.

          c) Basi kelim tidak kelihatan dari sebelah luar.

          d) Kelim tidak bergulung.

          e) Kedua-dua baris jahitan tidak kelihatan di sebelah luar.

Proses menyediakan kelim betawi:

1. Temukan sebelah dalam fabrik dan sematkan serta jelujur di garis pemadan.

2. Jahit dengan jahitan mesin 4 mm dari garisan pemadan di bahagian basi kelim.

3. Gunting basi kelim hingga tinggal 4 mm dari garis jahitan pertama.

4. Tekan kelim supaya terbuka dengan rata.

5. Temukan kedua-dua sebelah luar fabrik dan semat. Jahit dengan jahitan mesin di garisan pemadan.

6. Tekan dan seterika kelim supaya rata yang menghala ke bahagian belakang pakaian.

  •  Kelim papan mesin

 

  •  Kelim papan tangan

 

  •  Kelim Lipat tindih

 

3.0 BELAH

3.1.1 FAKTOR YANG MEMPENGRUHI PEMILIHAN BELAH

          a) Fungsi

          b) Kedudukan

          c) Jenis fabrik

          d) Fesyen pakaian

3.1.2 JENIS-JENIS BELAH

          a) Belah kelepet sama lebar

          b) Belah slit berlapik

          c) Belah lapik kain selari

          d) Belah Berkun

          e) Belah berplaket

          f) Belah berzip

 

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.