Nurshafinaz Azahar's Blog

Just another WordPress.com weblog

Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 4 Februari 8, 2010

EKONOMI RUMAH TANGGA TINGKATAN 4

PAKAIAN DAN TEKNOLOGI

1. PENGURUSAN ALATAN DAN BAHAN JAHITAN

Teknologi telah mempengaruhi perkembangan industri tekstil dan pakaian pada masa kini. Pengaruh ini dapat dikaitkan dengan aspek berikut seperti masa dan tenaga, perbelanjaan, kualiti hidup dan keselamatan.

Masa dan Tenaga

Teknologi baru telah mempengaruhi proses penyediaan pakaian. Dengan adanya teknologi tinggi ini, tenaga keupayaan manusia dan masa dapat dikurangkan melalui penggunaan tenaga elektrik dan elektronik. Selain itu, kuantiti barangan juga dapat dipertingkatkan. Contohnya, mesin jahit kaki digerakkan dengan menggunakan tenaga yang banyak, tetapi mesin jahit elektrik digerakkan dengan hanya menggunakan tenaga dan masa yang sedikit.


mesin jahit kaki

Perbelanjaan

Pada peringkat permulaan, perbelanjaan untuk memperoleh peralatan berteknologi baru mungkin tinggi. Walau bagaimanapun jika dikaji dari segi keperluannya dalam masa yang panjang, pengeluarannya dapat mengatasi perbelanjaan. Contohnya, membeli mesin jahit kemas tepi dapat menambahkan pendapatan di  samping dapat digunakan untuk menjahit pakaian sendiri.

Kualiti Hidup

Kebijaksanaan menggunakan sumber manusia seperti wang, masa, kemahiran, pengetahuan, dan teknologi dapat mempertingkatkan kualiti hidup.

Keselamatan

Prinsip keselamatan semasa menggunakan alatan teknologi hendaklah sentiasa dititikberatkan. Contohnya, pastikan semua peralatan elektrik dalam keadaan yang baik. Semasa menggunakan peralatan elektrik, pastikan tangan kering dan arahan diikuti dengan teliti.

2. MEMBUAT PAKAIAN

Apabila individu hendak menyediakan pakaian yang sesuai dengan stail, perkara yang perlu dititikberatkan ialah garisan dan cantuman, ketebalan, warna dan corak  fabrik, garis leher, lengan, kesesuaian stail fabrik, dan bentuk badan. Contoh-contoh fabrik ialah:

  

 

JENIS-JENIS MESIN JAHIT

Mesin Jahit Kaki :

 

 

 

 

Mesin Jahit Elektrik :

 

 

 

 

Mesin Jahit Elektronik :

 

 

 

 

Mesin Jahit Tepi :

 

 

 

 

3. PROSES MENJAHIT

  • Penghilangan Gelembung :

Penghilangan gelembung ialah satu proses pengecilan di sebahagian pakaian dan artikel untuk memberikan bentuk dan keselesaan. Contoh, baju kurung kedah, baju kurung teluk belanga, dan sarung batik.

  • Kelim :

Kelim ialah sejenis proses jahitan yang menyambungkan dua keping  fabrik bagi mendapatkan bentuk pakaian atau artikel.

  • Belah :

Belah ialah satu proses jahitan di pakaian dan artikel untuk senang dipakai dan ditanggalkan. Belah boleh dibuat di garis leher, di pinggang, di lengan, dan di rusuk dengan mengikut fesyen pakaian. Perhatian hendaklah diberikan supaya panjang belah bersesuaian dengan tujuan mengadakannya.

  • Penyudah Tepi :

Penyudah tepi ialah satu proses yang digunakan di hujung pakaian atau tepi artikel. Tujuan penyudah tepi adalah untuk mengukuh, mengemas dan menghias.

  • Lengan :

Lengan adalah sebahagian daripada baju. Terdapat juga baju yang tidak berlengan kerana mengikut fesyen.

  • Kancing :

Kancing ialah alat untuk merapatkan belah pakaian atau artikel, bagi mengekalkan bentuknya dan selesa semasa dipakai. Semua kancing perlu dijahit kukuh pada pakaian atau artikel. Kancing boleh berfungsi juga sebagai perhiasan pakaian. Pemilihan kancing bergantung kepada fesyen pakaian dan kesesuaian fabrik.

  • Kolar :

Kolar ialah bahagian tambahan pada baju di garis leher.

  • Kocek Tampal :

Kocek tampal dibuat daripada kepingan fabrik yang dijahit pada bahagian luar pakaian. Kocek tampal digunakan untuk menyimpan barang, sebagai hiasan, dan menutup bahagian pakaian yang rosak.

  • Ikatan Pinggang :

Ikatan pinggang ialah satu penyudah tepi untuk skirt, sarung, slek, culotte, dan seluar pendek. Ikatan pinggang dibuat menggunakan dua lapisan fabrik dan boleh menggunakan lapik dalam untuk membuatnya lebih kemas dan keras. Kancing yang sesuai untuk ikatan pinggang  ialah cangkuk dan palang, cangkuk dan rumah, cangkuk dan mata, lubang butang dan butang, dan velkro.

 

 

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.